AKU TAK SUKA ORANG CONTROL HIDUP AKU!!!!!!

       Baru kenal dengan aku, tetiba dah luahkan segala perasaan sayang.. Ingat aku percaya apa yang kau cakapkan..Perkataan "SAYANG" itu hanya mudah untuk dikatakan oleh seorang lelaki.. Kau dengan mudahnya meluahkan perasaan sayang tanpa tahu lebih mendalam tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan "sayang" dan " cinta". Bukan itu sahaja, kau tetiba nak cemburu bila aku dengan kawan lelaki dah kenapa.. Setahu aku dengan kau tak pernah pun ada hubungan lebih daripada seorang kawan.. Kau nak tunggu aku tegur kau memang tak laa.. Pastu nak buat muka depan aku bila aku tak cakap dengan kau.. Kau yang kata sayang aku, cakap dengan aku depan-depan pun kau malu.. Aku tak tahu lah apa yang kau nak dalam kehidupan kau tp tlg lahh, jangan pernah control n cemburu dengan siapa aku nak kawan.. Fikirkan balik apa sebenarnya yang kau nak dalam kehidupan kau ye.. Jangan sia-siakan masa kau dengan perkara yang tak berfaedah ye..

Assalamulaikum dan salam perkenalan untuk semua..






Hai.. Blog ini bertujuan untuk menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan saya di dunia ini. Nama diberi Nor Azura Binti Sari. Dilahirkan pada 13 March 1992.  Saya berharap anda yang melawat blog ini berasa gembira dan tenang saja. Untuk mengenali lebih lanjut, add Facebook seperti nama diatas. Ada pepatah menyatakan  “kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah! Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat”.

Rakan sekolah saya :)



gambar ini tak jelas sangat

Gambar ini semasa sekolah rendah darjah enam, masa nie nak UPSR,
kitaorang sempat bergambar sebagai kenangan. Hehehe.
Nama sekolah rendah ialah Sekolah Rendah Hulu Kelang.
semua dalam gambar ini adalah kawan rapat saya.
Sampai sekarang kitaorang still lagi contact. Cube teka yang mana satu saya??hehe
Gambar ini nampak dah rosak sikit sebab kena air, tapi saya tetap simpan gambar nie.
Sekarang semua kawan-kawan kat atas ni, dah menyambungkan pengajian,
membuatkan kitaorang sukar untuk bertemu dan kitaorang menggunakan
teknologi terkini berhubung melalui facebook.
Semoga persahabatan kita berkekalan selama-lamanya….

Kenali Diri "WANITA"


Seorang "WANITA" seumpama,,,,

sekuntum bunga ditaman,,,,,,,

segar mewangi di pelosok dunia,,,,,

setulus kasih sesuci embun,,,,,,,

Lembut "WANITA" kerana tutur katanya,,,,

mesra "WANITA" kerana senyumannya,,,,,

cekal "WANITA" kerana beraninya,,,,,

patuh "WANITA" kerana setianya,,,,,,,

sabar "WANITA" kerana imannya,,,,,,,,

kasih "WANITA" kerana belaiannya,,,,,,

lemah "WANITA" kerana air matanya,,,,,

ikhlas "WANITA" kerana simpatinya,,,,,,

dendam "WANITA" kerana cemburunya,,,,

sayang "WANITA" kerana sifat keibuannya,,,,

tanpa "WANITA" lelaki lemah,,,,,,

kerana "WANITA" lelaki kalah.........................(",)



My Favourite Coklat



Coklat Crunchy Bite Wafer (Nestle)
Coklat ini sedap sesangat.
mula makan coklat ini ketika beli dekat kedai serbaneka KUIM.
harga pun murah je.
.Sekali beli nak lagi. .hehe.