Perlu ke CINTA???


Zaman sekarang semua orang perlukan pasangan
dalam mewarnai kehidupan mereka untuk berkongsi pendapat,
cerita, masalah, pengalaman dan seumpamanya.
Tetapi kita perlu pandai memilih pasangan
dalam kehidupan untuk menjaga kita pada masa akan datang.
Adakalanya mereka yang mempunyai pasangan
Hanya untuk bersuka-suka sehingga berlaku
pergaulan yang melampaui batas.
Sebenarnya, perlukah cinta itu dalam hidup??
Memang perlu.
Tapi biarlah kita bercinta setelah kita
mendirikan rumahtangga mengelak
berlaku zina atau sebaliknya.
Cinta itu sebenarnya bukan senang
untuk dimiliki tetapi senang untuk ditangisi.
Percayalah cinta yang paling utama
adalah cinta pada Allah s.w.t..
Cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki.
Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan cinta
pada manusia sebaliknya percaya dan yakin Allah
telah tetapkan jodoh bagi seseorang makhluknya.
Jangan terkejar-kejarkan pada cinta manusia
kerana anda akan merana sekiranya
tidak pandai untuk menjaga perhubungan cinta itu!!!

No comments: