Cara Mengatasi Tekanan!!!



Senaman pernafasan
Ø  Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengkekalkan keadaan tenang. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. Oleh yang demikian, kita perlu tahu cara pernafasan yang betul dan dapat memberikan ketenangan. Ia juga adalah cara yang paling mudah untuk menghilangkan tekanan.

 Tafakur  
Ø  Apabila bertafakur bersendirian tanpa sebarang gangguan , otak anda menjadi tenang dan dapat melupakan segala masalah. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Sebenarnya, kita perlu memberikan ruang selama 15 minit untuk bertafakur bagi menenangkan fikiran yang bercelaru.

Meluangkan masa untuk terapi pengurutan badan
Ø  Selain itu juga, terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Kebiasaanya, wanita akan ke spa untuk merawat anggota badan mereka di samping dapat merehatkan minda setelah melakukan aktiviti seharian.

Kelegaan otot.
Ø  Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekurang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

Mendengar Muzik.                                                    
Ø  Untuk pengetahuan umum, remaja yang biasa mendengar muzik untuk menghilangkan tekanan belajar.   Sebenarnya, muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan dengarnya pada setiap hari

Pengurusan masa dengan bijak.
Ø  Buat satu jadual ringkas yang merekodkan  waktu sepanjang seharian mengikut keutamaan. Selain itu juga, gunakan masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah untuk mengelakkan diri terasa bosan dan minda akan menjadi lembab.

Rehatkan minda anda dengan tidur
Ø  Tidur juga salah satu cara menghilangkan tekanan yang ada pada diri sendiri. Sekiranya anda tidur akan merehatkan minda yang penat berfikir dan dapat melupakan masalah dengan mudah.

Ceritakan masalah anda pada kawan-kawan yang boleh dipercayai
Ø  Sekiranya anda rasa tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi, ceritakanlah masalah anda pada kawan-kawan bagi mengurangkan sedikit tekanan. Dengan menceritakan masalah kita pada orang lain, mungkin dapat membantu kita menyelesaikan masalah disamping memberikan semangat dan dorongan untuk kita meneruskan kehidupan.

 Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006 

No comments: